Overview

Aesop amat komited untuk melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami, bagaimana kami menggunakan maklumat tersebut, dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut, dan bagaimana kami melindungi maklumat tersebut.

Sila baca dasar berikut dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami mengenai maklumat peribadi anda.

Untuk versi dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini. Jika berlaku apa-apa percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

1. Siapakah kami?

Dasar Privasi ini dikenakan terhadap maklumat yang dikumpul daripada anda oleh Emeis Cosmetics Pty Ltd, dan syarikat induknya, anak-anak syarikatnya (termasuk Aesop Malaysia Sdn Bhd 201301012891 (1042729-T)) dan entiti-entiti gabungannya di seluruh dunia (dirujuk secara individu dan kolektif di dalam ini sebagai "Aesop" atau "kami").

Maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami dikawal oleh Emeis Cosmetics Pty Ltd, 25 Smith Street, Fitzroy VIC 3065 Australia (Pendaftaran ACN: 007 409 001) dan ahli-ahli gabungan korporat tempatan yang berkenaan. Bagi tujuan undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa, Aesop adalah pengguna data bagi maklumat peribadi anda.

2. Apakah maklumat yang dirangkum oleh Dasar Privasi ini?

Dasar Privasi ini merangkum semua maklumat peribadi yang dikumpul, digunakan, disimpan dan diproses oleh kami, yang bererti maklumat yang (sama ada secara berasingan atau apabila digabungkan dengan maklumat lain) membolehkan anda dikenal pasti secara langsung atau tidak langsung ("maklumat peribadi").

3. Apakah maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda dan bagaimanakah kami mengumpul maklumat tersebut?

Jenis maklumat peribadi yang mungkin dikumpul dan disimpan oleh kami berubah-ubah bergantung kepada sifat interaksi kami dengan anda dan mungkin termasuk:

  • data identiti dan maklumat hubungan seperti nama, nombor kad pengenalan (KP) / pasport, alamat pos dan e-mel, nombor telefon, jantina, tarikh lahir dan gelaran* anda;
  • maklumat pembayaran seperti nombor akaun bank anda, maklumat berkaitan dengan kad kredit, kad debit dan/atau butir-butir pembayaran* anda yang lain;
  • maklumat yang dipastikan mengenai anda daripada media sosial seperti gambar profil anda, gambar, tanda suka, lokasi dan senarai kawan;
  • butir-butir geolokasi apabila menggunakan mana-mana aplikasi mudah alih kami;
  • maklumat kesihatan seperti masalah kulit dan reaksi buruk terhadap produk *; dan
  • pilihan produk dan maklumat lain yang kami anggap perlu atau sesuai dari semasa ke semasa berhubung dengan urusan dan/atau perhubungan anda dengan kami*.

 

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda dalam beberapa cara termasuk apabila anda:

  • melawat laman web kami dan mendaftar akaun dengan kami, dan/atau membeli produk melalui laman web kami dan/atau mengadakan rundingan secara langsung menerusi laman web kami;
  • melawat mana-mana gedung runcit atau kaunter Aesop kami, termasuk apabila anda mendaftar akaun dengan kami di gedung dengan mengisi borang kami;
  • berinteraksi dan berhubung dengan kami menerusi mana-mana saluran kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) platform mesej seperti mesej teks, e-mel, sembang langsung (‘live chat’) melalui laman web kami; (ii) mana-mana platform media sosial kami seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram); dan/atau (iii) akaun rasmi kami di mana-mana platform e-dagang seperti akaun kami melalui Lazada; atau
  • menyertai apa-apa peraduan, promosi atau tinjauan yang dianjurkan oleh kami, jika ada.

Kami lazimnya mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda. Ada kalanya, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda daripada pihak ketiga seperti penyedia platform pembayaran.

Setakat mana anda mendedahkan kepada kami sebarang maklumat peribadi individu lain, kami akan mengandaikan, tanpa penentusahan bebas, bahawa anda telah mendapatkan kebenaran individu tersebut untuk mendedahkan data peribadi tersebut dan untuk memprosesnya selaras dengan terma-terma Dasar Privasi ini.

Data peribadi yang kami anggap penting ditanda dengan asterisk di atas dan/atau pada setiap borang pengumpulan maklumat peribadi yang dipaparkan kepada anda di laman web web kami dan anda wajib memberikan maklumat yang diminta kepada kami. Jika anda tidak memberikan data yang ditanda dengan asterisk, ini mungkin menjejaskan kebolehan kami untuk menyediakan kepada anda produk dan perkhidmatan yang diminta dan keupayaan kami untuk memasuki perjanjian yang diperlukan berhubung dengan penyediaan perkhidmatan / produk kami kepada anda. Maklumat lain tidak diwajibkan dan membolehkan kami mengenali anda dengan lebih dekat dan bertujuan mempertingkatkan komunikasi dan perkhidmatan kami kepada anda.

4. Bagaimanakah kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk menyediakan maklumat kepada anda mengenai produk dan perkhidmatan kami.
Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses sejarah pesanan anda untuk menghasilkan, memasarkan, menjual atau sebaliknya menyediakan produk, perkhidmatan atau maklumat kepada anda.

Kami turut memproses nama dan butir-butir hubungan anda supaya kami dapat menghantar kepada anda salinan surat berita kami dan maklumat mengenai produk, pelancaran gedung, perkongsian dan peristiwa di gedung, menghubungi anda berkenaan dengan hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan, dan memberikan maklumat pemasaran atau promosi lain kepada anda jika kami dibenarkan berbuat demikian selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa atau jika anda telah memberikan kebenaran kepada kami untuk berbuat demikian. Kami juga memproses maklumat ini untuk memastikan bahawa kami tidak menghubungi anda bagi tujuan pemasaran langsung jika anda telah meminta supaya kami tidak berbuat demikian.

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda dalam cara ini untuk melaksanakan kewajipan kontrak kami kepada anda. Penyediaan pengalaman pengguna yang terbaik di dalam talian dan di gedung juga adalah demi kepentingan sah kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memproses pembayaran anda dan melindungi anda daripada urus niaga yang menipu.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat peribadi anda termasuk maklumat/butir-butir pembayaran anda untuk memenuhi pesanan pembelian anda untuk produk, perkhidmatan dan/atau kad hadiah kami.

Kami turut memproses maklumat ini untuk memastikan butir-butir pembayaran anda disimpan dengan selamat dan melindungi anda daripada urus niaga yang menipu. Kami memproses butir-butir peranti anda apabila anda membeli-belah di laman web kami untuk membolehkan kami mengesan sebarang urus niaga yang menipu atau aktiviti pembelian yang mencurigakan.

Berdasarkan justifikasi berikut: Pemprosesan maklumat peribadi untuk memastikan pembayaran ditangani dengan selamat adalah demi kepentingan sah kami, dan juga adalah perlu untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda. Anda tidak diwajibkan untuk memberikan maklumat tertentu kepada kami, tetapi kami mungkin tidak dapat memproses pesanan anda dan menghantar e-mel pengakuterimaan pesanan dan pengesahan penghantaran yang dikehendaki jika anda tidak memberikan maklumat tertentu yang diminta kepada kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk menyediakan kepada anda produk dan perkhidmatan yang dibeli oleh anda daripada kami.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami mungkin perlu menggunakan nama dan butir-butir hubungan anda untuk melaksanakan kewajipan kami di bawah kontrak dengan anda (contohnya jika anda telah membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, seperti krim tangan atau rawatan wajah).

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami perlu memproses maklumat peribadi anda dalam cara ini agar kami dapat melaksanakan kewajipan kami kepada anda di bawah statut dan/atau kontrak.

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memahami dengan lebih mendalam mengapa anda menggunakan produk tertentu dan memaklumkan pembangun produk kami.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat peribadi anda (termasuk maklumat kesihatan anda (contohnya, jenis kulit anda dan jika anda mengalami alahan pada produk)) untuk mengemaskinikan akaun anda dengan kami.

Kami turut memproses data ini untuk menjalankan aktiviti pentadbiran dalaman, penyelidikan, analisis, perancangan dan pembangunan produk. Jika anda telah mendaftar akaun pelanggan dengan kami (sama ada didaftarkan di dalam talian atau di gedung), kami juga mungkin mengumpul maklumat mengenai produk yang dilihat-lihat oleh anda di dalam talian atau yang dibeli oleh anda, di mana anda membeli produk dan maklumat lain yang berkenaan dengan perhubungan pelanggan anda dengan Aesop. Kami menggunakan maklumat ini untuk mendapatkan pandangan demografi dalaman mengenai pelanggan kami, untuk menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada anda berdasarkan pilihan anda, termasuk dengan mengenal pasti produk, perkhidmatan dan peristiwa yang berkenaan yang mungkin menarik minat anda, dan untuk menyediakan pengalaman yang disesuaikan khusus untuk anda di Aesop.

Bersama-sama dengan maklumat bukan peribadi, kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk analisis pemasaran dan kajian demografi dalaman kami, untuk menganalisis, memprofil dan memantau corak pengguna agar kami boleh terus memperbaik produk kami. Dalam cara ini, kami boleh menawarkan pengalaman beli-belah dan interaktif yang lebih individu dan bersepadu kepada pelanggan kami merentas semua saluran kami.

Berdasarkan justifikasi berikut: Pembangunan produk kami dan pemasaran produk yang tepat kepada anda adalah demi kepentingan sah kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk menyerlahkan pengalaman anda di laman web kami.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat seperti nama pengguna dan kata laluan akaun Aesop anda, alamat IP, maklumat mengenai pembelian anda dan aktiviti anda yang lain di laman web kami untuk mempertingkatkan laman web kami, termasuk untuk memodifikasinya agar sesuai dengan penggunaan, sejarah dan pilihan anda dan untuk menangani apa-apa masalah.

Berdasarkan justifikasi berikut: Usaha kami untuk memastikan agar kami menyediakan pengalaman dalam talian yang lancar kepada anda adalah demi kepentingan sah kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk menilai aktiviti dalam talian oleh pengguna laman web kami.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat yang dikumpul oleh laman web kami secara automatik dan melalui ‘cookies’ dan teknologi lain untuk menilai aktiviti pengguna kami, untuk mengukur minat dalam laman web dan komunikasi kami dan penggunaannya, dan untuk menyesuaikan laman web dan komunikasi kami khusus untuk anda. Kami melakukannya atas dasar individu dan juga secara agregat. Sila lihat bahagian bertajuk 'Hal-hal yang khusus berkenaan dengan Internet' untuk butir-butir lanjut.

Berdasarkan justifikasi berikut: Pemprosesan maklumat peribadi menggunakan ‘cookies’ dan teknologi lain yang diperlukan untuk mengendalikan laman web kami adalah demi kepentingan sah kami. Jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkuat kuasa, kami akan meminta kebenaran anda terhadap penggunaan ‘cookies’ yang tidak diperlukan untuk mengendalikan laman web kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memahami dan menganalisis penjualan kami, serta keperluan dan pilihan anda.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami mungkin menggunakan maklumat anda seperti lokasi geografi anda untuk membantu kami menjalankan penyelidikan pasaran yang terfokus (seperti tinjauan) berdasarkan trend dan faktor-faktor sepunya agar kami dapat membangunkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan individu anda.

Berdasarkan justifikasi berikut: Pemprosesan maklumat peribadi untuk membangunkan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda adalah demi kepentingan sah kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memahami pilihan anda berdasarkan maklumat yang dimasukkan ke dalam profil Aesop anda (yang diisi di dalam talian, di gedung atau di mana-mana kaunter kami) atau dalam komunikasi lain yang dihantar oleh anda kepada Aesop.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat anda dalam cara ini untuk memahami anda dengan lebih dekat, untuk menyenggara, mengemaskinikan dan mengendalikan akaun anda dengan kami.

Pemprosesan ini juga membolehkan kami melaksanakan aktiviti pentadbiran dalaman, penyelidikan, analisis, perancangan dan pembangunan projek.

Berdasarkan justifikasi berikut: Pemprosesan maklumat peribadi supaya kami dapat mempertingkatkan penyediaan produk kami kepada anda adalah demi kepentingan sah kami.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memproses penukaran atau pemulangan produk dan/atau perkhidmatan kami.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami memproses maklumat peribadi anda untuk melaksanakan kewajipan kami di bawah kontrak kami dengan anda.

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami perlu memproses maklumat peribadi anda untuk memenuhi kewajipan kami kepada anda di bawah statut dan/atau kontrak.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk membalas permintaan atau aduan.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Jika anda menghubungi Aesop melalui sembang langsung daripada laman kami, melalui e-mel atau telefon, secara peribadi di gedung atau kaunter, atau melalui akaun rasmi kami di media sosial atau platform e-dagang, Aesop akan mengumpul maklumat peribadi anda dan menggunakannya untuk mengenal pasti anda sebagai pelanggan, membantu menjawab pertanyaan anda, memproses pesanan anda, memproses pembayaran, menyampaikan produk dan perkhidmatan, mengemaskinikan rekod kami dan secara amnya menguruskan akaun anda dengan kami di bawah terma-terma kami dengan anda.

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami perlu memproses maklumat peribadi ada untuk memenuhi kewajipan kami kepada anda di bawah statut dan/atau kontrak.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk memastikan keselamatan dan integriti sumber Aesop, termasuk laman web.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Aesop akan memproses maklumat peribadi anda untuk menilai dan memperteguhkan keselamatan dan keutuhan sumber jauh dan elektronik kami, termasuk analisis maklumat yang dikumpul semasa pembangunan teknologi, dan peningkatan program.

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami memproses maklumat peribadi anda sebagai satu usaha untuk menyediakan akses kepada barangan dan perkhidmatan kami dalam cara yang selamat dan boleh diharap.

-

Mengapa kami memproses maklumat anda: Untuk menilai dan memastikan undang-undang, peraturan dan dasar yang berkuat kuasa dipatuhi.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda bagi tujuan ini: Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda untuk mengaudit, mengesahkan dan mendokumenkan kepatuhan dengan standard undang-undang, pentadbiran, industri, dan etika, termasuk dasar dan prosedur, tatakelakuan, dan inisiatif tangungjawab korporat Aesop.

Kami juga akan memproses maklumat peribadi anda untuk mengaudit kepatuhan oleh ahli gabungan dan penyedia perkhidmatan kami dengan kewajipan kontrak serta standard privasi dan standard lain yang berkuat kuasa.

Berdasarkan justifikasi berikut: Kami memproses maklumat peribadi anda untuk mematuhi undang-undang dan peraturan, untuk menguatkuasakan dasar dalaman, dan untuk mencegah dan mengesan penipuan dan amalan lain yang menjejaskan komitmen Aesop untuk mendukung perilaku yang adil dan beretika.

5. Hal-hal khusus berkenaan dengan Internet

‘Cookies’ adalah fail maklumat yang kecil yang dihantar kepada peranti anda apabila anda melawat laman web atau sesetengah aplikasi. ‘Cookies’ menyimpan dan kadang kala menjejak maklumat tentang bagaimana anda menggunakan laman web atau aplikasi tersebut. Jika pelayar anda ditetapkan untuk menerima ‘cookies’, apabila anda melawat laman web kami, kami mungkin menggunakan ‘cookies’, ‘pixel tags’ dan teknologi lain untuk mengumpul maklumat berikut secara automatik:

  • maklumat teknikal, termasuk alamat IP anda (nombor yang diberikan kepada komputer anda apabila anda mendaftar dengan Penyedia Perkhidmatan Internet), maklumat log masuk anda, jenis dan versi pelayar, nama domain, butir-butir sebarang laman web yang merujuk anda ke laman web kami, pengecam peranti, seting lokasi dan zon masa anda, jenis dan versi pemalam (‘plug-in’) pelayar, sistem dan platform operasi, masa gerak balas halaman, dan kepincangan;
  • maklumat mengenai lawatan anda, termasuk laman web yang anda lawati sebelum dan selepas laman web kami dan produk yang anda lihat, beli atau cari; dan
  • tempoh lawatan ke halaman tertentu, maklumat interaksi halaman (seperti menatal (‘scrolling’), klik, dan ‘mouseover’) dan cara yang digunakan untuk keluar daripada halaman.

 

Aesop menggunakan ‘cookies’ dan teknologi yang serupa untuk menjejak dan mengumpul maklumat mengenai bahagian-bahagian di dalam laman web dan surat berita Aesop (termasuk pautan ke laman web lain) yang dilawat oleh anda. ‘Cookies’ turut membolehkan Aesop mengecam komputer anda apabila anda sedang melawat laman web Aesop, dan untuk menghantar anda ke negara asal dan bahasa yang anda pilih dalam lawatan pertama anda ke laman Aesop. Maklumat ini digunakan untuk mengekalkan mutu perkhidmatan kami dan untuk menyediakan penjejakan dan statistik mengenai penggunaan laman web kami. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk menyesuaikan komunikasi kami khusus untuk anda dan mengadaptasi maklumat yang kelihatan di laman anda agar pengalaman anda dengan Aesop menepati kehendak anda. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk menyenggara dan mempertingkatkan laman, aplikasi dan perkhidmatan kami.

Jenis ‘cookies’ dan teknologi serupa yang kami gunakan:

  • ‘Cookies’ yang benar-benar perlu yang dikehendaki untuk operasi laman web kami, seperti ‘cookies’ yang membolehkan anda log masuk ke dalam akaun anda atau membuat pembelian, atau ‘cookies’ yang membantu kami mematuhi undang-undang (contohnya, untuk menyimpan maklumat anda dengan selamat). Kami tidak dapat mengendalikan laman web kami tanpa menggunakan ‘cookies’ yang "benat-benar perlu ".
  • ‘Performance cookies’ yang mengecam dan menghitung bilangan pengguna ke laman web kami dan membantu kami meneliti bagaimana pengguna bergerak di dalam laman web kami. ‘Cookies’ ini tidak mengumpul maklumat yang mengenal pasti pelawat secara peribadi dan kami hanya menggunakan maklumat ini untuk mempertingkatkan laman web kami. Maklumat ini membantu kami mengetahui sejauh mana laman web beroperasi dengan wajar dan menyerlahkan bahagian-bahagian yang boleh diperbaik.
  • ‘Functionality cookies’ yang digunakan untuk mengetahui bila anda kembali ke laman web kami dan membantu kami menyesuaikan kandungan dan pengalaman laman web anda khusus untuk anda dengan mengingati pilihan anda. ‘Cookies’ ini juga digunakan untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda (seperti menonton video). Dengan menggunakan laman web kami, anda bersetuju bahawa kami boleh meletakkan jenis ‘cookies’ ini di peranti anda, walau bagaimanapun anda boleh menyekat ‘cookies’ ini dengan menggunakan seting pelayar anda (sila lihat di bawah).
  • ‘Targeting cookies’ dan ‘web beacons/tracking pixels’ yang digunakan untuk merekodkan lawatan anda ke laman web kami, halaman yang anda lawati dan pautan yang anda ikuti. ‘Cookies’ dan ‘tracking pixels’ ini digunakan oleh pengendali rangkaian pengiklanan pihak ketiga seperti Google dan Facebook untuk mengiklankan produk yang relevan kepada anda di internet, berdasarkan produk dan kategori yang anda lihat atau beli di laman web kami. Laman web kami pada masa ini menggunakan ‘tracking pixels’ dengan pihak ketiga seperti Google dan Facebook bagi tujuan pemasaran dan pemasaran semula. Teknologi ini membolehkan pihak ketiga tersebut mengumpul maklumat apabila anda mengakses laman web kami, termasuk produk di laman web kami yang dilihat oleh anda, sama ada anda membuat pembelian dan, jika anda membuat pembelian, butir-butir urus niaga termasuk produk yang dibeli dan jumlah penjualan. Penyedia pihak ketiga dapat mengenal pasti pengguna khusus di platform mereka melalui nombor ID yang digunakan dalam ‘tracking pixels’ mereka. Maklumat ini membolehkan penyedia tersebut menyesuaikan bahan pemasaran yang ditunjukkan kepada anda menerusi platform tersebut dan apabila anda melayari internet. Kami juga menerima laporan yang diagregat daripada pihak ketiga tersebut berkenaan dengan kempen pengiklanan kami, termasuk maklumat yang tidak mengenal pasti mana-mana individu, mengenai bilangan pengguna yang ditunjukkan kempen pengiklanan kami dan selepas itu membeli produk kami. Laporan ini menggunakan maklumat yang diagregat dan tidak membenarkan Aesop mengenal pasti individu khusus daripada urus niaga tersebut. Jika anda tidak mahu membenarkan maklumat dikongsi antara Aesop dan rangkaian pengiklanan pihak ketiga tersebut menggunakan ‘targeting cookies’ dan ‘tracking pixels’ di peranti anda, anda boleh menyahaktifkan ‘targeting cookies’ dan ‘tracking pixels’ melalui seting pengguna anda di pelayar internet anda atau secara terus di platform pihak ketiga tersebut masing-masing.

 

Kami turut menggunakan ‘cookies’ pihak ketiga oleh pembekal yang meletakkan ‘cookies’ mereka sendiri atau teknologi yang serupa di laman web kami dengan keizinan kami untuk menyerlahkan pengalaman pengguna dan menawarkan kefungsian tambahan.

Laman web ini menggunakan program pengiklanan dalam talian daripada pelbagai penyedia pihak ketiga dari semasa ke semasa, seperti “Google AdWords”, dan ‘conversion tracking cookies’ yang berkaitan mungkin diletakkan dalam pelayar pengguna. Maklumat yang dikumpul oleh ‘conversion cookies’ digunakan oleh penyedia pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat seperti statistik mengenai penyempurnaan sesuatu tindakan (‘conversion’) kepada pelanggan seperti Aesop yang telah memilih untuk menggunakan penjejakan ‘conversion’. Aesop boleh mengenal pasti daripada maklumat ini sama ada pelawat laman web individu menyempurnakan sesuatu tindakan (seperti membuat pembelian) selepas berinteraksi dengan iklan kami di platform tersebut. Jika anda tidak mahu membenarkan ‘cookies’ ini pada peranti anda, anda boleh menyahaktifkan ‘cookies’ tersebut melalui seting pengguna anda di pelayar internet anda, misalnya anda boleh menyahaktifkan ‘conversion-tracking cookie’ oleh Google melalui seting pengguna anda di pelayar internet anda.

Kami juga menggunakan kod pemasaran semula Google AdWords untuk merekodkan bila pengguna melihat halaman khusus atau mengambil tindakan khusus di laman web. Ini membolehkan kami menyediakan pengiklanan yang disasarkan khusus pada masa hadapan. Jika anda tidak mahu menerima jenis pengiklanan ini daripada kami, anda boleh memilih untuk tidak menerimanya dengan menggunakan halaman pilih-keluar (‘opt-out’) DoubleClick (http://www.google.com/settings/ads) atau halaman pilih-keluar Network Advertising Initiative (http://www.networkadvertising.org/managing/opt_out.asp).

Kami juga menggunakan Google Analytics untuk membantu menganalisis bagaimana anda menggunakan laman kami. Google Analytics menghasilkan maklumat statistik dan maklumat lain tentang penggunaan laman web dengan menggunakan ‘cookies’. Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk mengeluarkan laporan mengenai penggunaan laman kami. Google akan menyimpan maklumat ini. Jika anda tidak mahu data lawatan laman web anda dilaporkan oleh Google Analytics, anda boleh memasang fungsi tambahan pilih-keluar Google Analytics pada pelayar. Untuk butir-butir lebih terperinci mengenai pemasangan dan penyahpasangan fungsi tambahan (’add-on’) ini, sila lawati halaman pilih-keluar Google Analytics di https://tools.google.com/dlpage/gaoptout

Sebahagian besar pelayar web pada awalnya ditetapkan untuk menerima ‘cookies’. Jika anda tidak mahu mana-mana maklumat ini disimpan di komputer anda, anda boleh mengkonfigurasi pelayar anda supaya tidak menerima ‘cookies’. Walau bagaimanapun, jika anda melumpuhkan ‘cookies’, anda mungkin tidak boleh mengakses semua bahagian laman web ini, termasuk bahagian pembelian. Untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui bagaimana untuk melumpuhkan ‘cookies’, sila lawati  www.allaboutcookies.org atau www.youronlinechoices.com.

Kami memaklumkan anda, jika berkenaan, mengenai penggunaan ‘cookies’ dan pengecam peranti lain oleh kami apabila anda memasuki laman web kami. Anda mengakui dan bersetuju apabila anda terus menggunakan laman kami tanpa menguruskan pilihan ‘cookie’ dan peranti anda, bahawa anda membenarkan seting pengecam ‘cookie’ dan peranti kami.

6. Adakah kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk pemasaran langsung?

Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda dengan kebenaran anda untuk menghantar bahan pemasaran kepada anda melalui e-mel, teks, pos atau mana-mana platform media sosial (seperti WhatsApp), bergantung kepada pilihan pemasaran anda. Komunikasi pemasaran kami mungkin merangkum produk, perkhidmatan dan tawaran lain oleh Aesop atau pihak ketiga yang menjalin perhubungan dengan kami.

Anda boleh memilih untuk tidak menerima pemasaran langsung daripada kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami menggunakan butir-butir yang dibentangkan dalam bahagian bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?". Apabila kami menghantar komunikasi pemasaran kepada anda melalui e-mel atau cara elektronik lain, kami akan sentiasa memberikan pilihan kepada anda untuk berhenti melanggan dalam mesej itu sendiri.

7. Dengan pihak ketiga manakah kami berkongsi maklumat peribadi anda?

Maklumat peribadi anda bertujuan digunakan oleh Aesop tetapi mungkin akan dikongsi dengan pihak ketiga berikut dalam keadaan tertentu:           

Kumpulan syarikat Aesop: Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dalam kalangan kumpulan syarikat kami untuk mendaftar akaun anda dengan kami, menghantar produk kami, menyediakan sokongan pelanggan kepada anda, memproses pembayaran anda, memahami pilihan anda, menghantar maklumat kepada anda mengenai produk yang mungkin menarik minat anda dan melakukan aktiviti lain yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Sesetengah syarikat dalam kumpulan kami mungkin terletak di luar negara seperti yang dibincangkan dalam bahagian bertajuk ‘Ke manakah kami memindahkan maklumat peribadi anda?'.

Penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami: Kami menggunakan syarikat, ejen dan kontraktor lain untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau untuk membantu kami menyediakan produk Aesop kepada anda. Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga tersebut temasuk penyedia perkhidmatan berikut:

  • penyedia perkhidmatan infrastruktur dan IT, termasuk untuk pengarkiban e-mel, pengeposan, pesanan dalam talian, pembayaran/pengebilan, sistem tempahan/temujanji, meja sokongan IT dan perkhidmatan berasaskan awan;
  • rakan niaga pengiklanan, termasuk rakan niaga pengiklanan digital seperti laman media sosial dan Google;
  • agensi pemasaran, pengiklanan dan komunikasi dan syarikat perkhidmatan maklumat;
  • penyedia pengangkutan dan logistik;
  • juruaudit dan penasihat luar; dan
  • pihak lain yang kami diberi kuasa atau diwajibkan di sisi undang-undang untuk mendedahkan maklumat kepada mereka.

 

Apabila menyediakan perkhidmatan sedemikian, penyedia perkhidmatan ini mungkin boleh mengakses maklumat peribadi anda.

Pihak ketiga yang dibenarkan oleh undang-undang: Dalam keadaan tertentu, kami mungkin dikehendaki mendedahkan atau berkongsi maklumat peribadi anda demi mematuhi kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan (contohnya, kami mungkin dikehendaki mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak polis, pengawal selia, agensi kerajaan atau kepada pihak berkuasa kehakiman atau pentadbiran).

Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga jika pendedahan dibenarkan di sisi undang-undang dan juga perlu untuk melindungi atau membela hak kami, disebabkan hal-hal keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, untuk menguatkuasakan kontrak kami atau melindungi hak anda atau hak orang ramai.

Pihak ketiga berkaitan dengan pemindahan perniagaan: Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga berkaitan dengan penyusunan semula, penstrukturan semula, percantuman, pemerolehan atau pemindahan aset, dengan syarat pihak yang menerimanya bersetuju untuk menangani maklumat peribadi anda dalam cara yang konsisten dengan Dasar Privasi ini.

Aesop tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga untuk balasan kewangan tetapi mungkin berkongsi maklumat anda dengan syarikat gabungan dan kontraktor agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dengan, sebagai contoh, menyediakan pengalaman dalam talian yang khusus untuk anda dan menyesuaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda.

Sila ambil maklum bahawa laman web kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan kepada dan daripada laman web rakan niaga atau ahli gabungan kami. Jika anda mengikut pautan ke mana-mana laman web ini, sila ingat bahawa laman web ini mempunyai dasar privasi mereka masing-masing dan bahawa kami tidak boleh mengawal bagaimana mereka mungkin menggunakan maklumat peribadi anda. Begitu juga apabila anda menggunakan laman media sosial atau mana-mana platform e-dagang. Anda hendaklah menyemak dasar privasi laman web pihak ketiga sebelum anda memberikan sebarang maklumat peribadi kepada mereka.

8. Ke manakah kami memindahkan maklumat peribadi anda?

Maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan kepada, digunakan dan/atau diproses oleh ahli gabungan kami dan penyedia perkhidmatan kami (seperti yang diterangkan dalam bahagian "Dengan pihak ketiga manakah kami berkongsi maklumat peribadi anda?" di atas) yang terletak dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia dan/atau jika pelayan kami terletak di luar Malaysia.

9. Apakah hak anda berkaitan dengan maklumat peribadi anda?

Anda mempunyai hak berikut berkenaan dengan maklumat peribadi yang disimpan oleh kami mengenai anda:

  • Anda berhak meminta sesalinan maklumat peribadi yang diproses oleh kami mengenai anda. Untuk melindungi privasi dan keselamatan anda sendiri, menurut budi bicara kami, kami mungkin menghendaki anda membuktikan identiti anda sebelum kami memberikan maklumat yang diminta.
  • Anda berhak meminta agar maklumat peribadi yang tidak lengkap atau tidak tepat yang kami proses tentang anda dibetulkan.
  • Dalam sesetengah bidang kuasa di mana kami beroperasi, anda berhak meminta supaya kami memadamkan maklumat peribadi yang kami proses mengenai anda, kecuali sekiranya kami tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian jika kami perlu menyimpan data tersebut untuk mematuhi kewajipan undang-undang atau untuk membuktikan, melaksanakan atau membela tuntutan undang-undang.
  • Dalam sesetengah bidang kuasa di mana kami beroperasi, anda berhak menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami jika anda percaya data tersebut tidak tepat; pemprosesan kami adalah menyalahi undang-undang; atau kami tidak lagi perlu memproses data tersebut bagi apa-apa tujuan, kecuali jika kami tidak dapat memadamkan data disebabkan kewajipan undang-undang atau kewajipan lain atau kerana anda tidak mahu kami memadamkannya.
  • Dalam sesetengah bidang kuasa di mana kami beroperasi, jika kepentingan sah kami merupakan justifikasi undang-undang bagi pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami, termasuk pemprofilan yang kami lakukan untuk menghantar tawaran, syor dan kandungan serupa yang disesuaikan khusus untuk anda, anda berhak membantah pemprosesan tersebut atas alasan berkaitan dengan situasi anda. Kami akan mematuhi permintaan anda kecuali kami mempunyai alasan sah yang kukuh untuk pemprosesan yang mengatasi kepentingan dan hak anda, atau jika kami perlu terus memproses data untuk membuktikan, melaksanakan atau membela tuntutan undang-undang.
  • Menarik Balik Kebenaran. Jika anda membenarkan kami memproses maklumat peribadi anda, anda berhak menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa, tanpa apa-apa bayaran. Ini termasuk situasi apabila anda tidak lagi ingin menerima mesej pemasaran yang anda terima daripada kami.

 

Anda boleh membuat permintaan untuk melaksanakan mana-mana hak ini berkaitan dengan maklumat peribadi anda dengan menghubungi kami menggunakan butir-butir yang disediakan dalam bahagian bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?".

Aesop secara amnya akan membenarkan anda mengakses maklumat peribadi anda jika langkah ini adalah praktik dan akan berusaha secara munasabah untuk meminda sebarang maklumat peribadi anda yang tidak tepat atau ketinggalan zaman. Dalam situasi tertentu dan selaras dengan undang-undang privasi yang berkuat kuasa, kami mungkin tidak membenarkan anda mengakses maklumat peribadi anda, atau enggan membetulkan maklumat peribadi anda, dan dalam situasi ini kami akan memberikan sebab untuk keputusan ini. Sila ambil maklum bahawa jika anda telah menarik balik kebenaran anda terhadap pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda oleh kami pada bila-bila masa (tertakluk kepada sekatan kontrak dan undang-undang dan notis munasabah) atau tidak memberikan kepada kami maklumat peribadi yang kami minta daripada anda, kami mungkin tidak dapat menyediakan kepada anda produk atau perkhidmatan yang anda minta atau menghubungi anda pada masa hadapan.

Anda juga berhak membuat aduan dengan kami jika anda percaya bahawa kami tidak mematuhi undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa. Sila maklumkan kebimbangan atau aduan anda kepada kami secara bertulis dan hantarkannya kepada entiti Aesop yang berkenaan di alamat yang dibentangkan dalam bahagian bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?" di bawah. Kebimbangan atau aduan anda akan dipertimbangkan atau disiasat oleh kami dan kami akan membalas aduan anda dalam tempoh masa yang munasabah. Kami akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan sebarang aduan hingga memuaskan hati anda.

10. Adakah kami menggunakan CCTV?

Sila ambil maklum bahawa jika CCTV beroperasi di gedung kami, imej anda mungkin ditangkap pada CCTV dan imej tersebut disimpan. Semua rakaman CCTV diambil semata-mata bagi tujuan keselamatan anda dan untuk mencegah dan mengesan jenayah. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi kami dengan menggunakan butir-butir yang disediakan dalam bahagian bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?".

11. Bagaimanakah kami melindungi maklumat peribadi anda?

Kami mengambil beberapa langkah yang dirumus untuk memastikan data kami disimpan dengan selamat, termasuk pelindung pentadbiran, teknikal dan fizikal seperti tembok api (‘firewalls’) dan langkah penyulitan.

Kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi sistem, laman web, operasi dan maklumat kami supaya tidak diakses, digunakan, dimodifikasi dan didedahkan tanpa kebenaran. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat sedia ada Internet sebagai alat komunikasi global yang terbuka dan faktor-faktor risiko lain, kami tidak dapat menjamin bahawa sebarang maklumat, apabila dalam proses penghantaran dan semasa disimpan dalam sistem kami, akan selamat daripada gangguan oleh pihak lain, seperti penggodam.

Aesop mengambil langkah yang munasabah untuk:

  1. memastikan bahawa maklumat peribadi yang kami kumpul, guna dan dedahkan adalah tepat, lengkap dan terkini;
  2. melindungi maklumat peribadi yang disimpan oleh kami daripada disalahgunakan dan daripada hilang dan diakses, dimodifikasi atau didedahkan tanpa kebenaran; dan
  3. jika dibenarkan oleh undang-undang, memusnahkan atau memadamkan dengan kekal butir-butir yang dapat mengenal pasti individu dalam maklumat peribadi yang tidak lagi diperlukan oleh Aesop.

Urus niaga kad kredit Aesop dilaksanakan oleh institusi perbankan yang diberi kuasa. Apabila mengumpul maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian, Aesop menawarkan urus niaga pelayan yang selamat yang menyulitkan maklumat anda apabila dalam transit untuk mengelakkan pihak lain daripada mengakses maklumat tersebut. Maklumat peribadi disimpan dalam pelayan yang dilindungi oleh pelindung yang sesuai dan boleh diakses oleh pekerja dan ejen yang diberi kuasa yang memerlukan akses seiring dengan tanggungajwab mereka. Butir-butir kad kredit anda disulitkan dan kemudian dipadamkan daripada sistem kami apabila pesanan anda telah dihantar.

Kami lazimnya tidak mengumpul maklumat peribadi yang tidak diminta. Jika kami menerima maklumat peribadi yang tidak diminta, kami akan memastikan sama ada maklumat peribadi tersebut boleh dikumpul jika maklumat tersebut diminta. Jika kami tentukan bahawa pengumpulan tidak dibenarkan, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kami akan memusnahkan atau memadamkan dengan kekal butir-butir yang dapat mengenal pasti individu dalam maklumat peribadi tersebut secepat yang mungkin.

Aesop secara amnya akan memberikan pilihan kepada individu untuk tidak mengenal pasti diri mereka apabila mereka melakukan urus niaga jika ini boleh dilakukan dengan sah dan praktik. Namun, kami sering kali tidak dapat berbuat demikian. Contohnya, kami memerlukan alamat anda untuk menghantar sebarang produk yang dibeli melalui laman web kami.

12. Berapa lamakah kami menyimpan maklumat peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan maklumat peribadi anda selama mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Apabila kami tidak lagi perlu menggunakan maklumat peribadi, termasuk bagi sebarang keperluan kontrak, undang-undang, atau pengawalseliaan, kami akan memadamkannya daripada sistem dan rekod kami dan/atau mengambil langkah untuk memadamkan butir-butir yang dapat mengenal pasti individu supaya anda tidak lagi dapat dikenal pasti daripada maklumat tersebut.

13. Bagaimanakah kami menangani privasi kanak-kanak?

Kami tidak akan dengan sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada individu yang berusia di bawah umur lapan belas (18) tahun. Jika kami menyedari bahawa seseorang berumur di bawah 18 tahun telah memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami akan memadamkan maklumat peribadi tersebut daripada fail kami.

14. Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi kami melalui e-mel di my.online@aesop.com.

15. Apakah versi Dasar Privasi ini yang diguna pakai?

Kami berhak untuk mengubah Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa.

Kami menggalakkan anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai amalan privasi kami. Jjika berlaku apa-apa perubahan pada Dasar Privasi kami, anda akan dimaklumkan melalui e-mel atau apabila anda melawat laman web kami di http://www.aesop.com/ . Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel: my.online@aesop.com untuk mendapatkan versi terkini Dasar Privasi kami. Jika anda terus menggunakan laman web kami selepas menerima notis mengenai perubahan pada Dasar Privasi kami, ini menandakan bahawa anda membenarkan kami menggunakan maklumat yang baru diberikan selaras dengan Dasar Privasi yang dipinda. Dasar Privasi ini terakhir dikemaskinikan pada 11hb Februari 2022.